Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon penajaan JICA Climate Change Policy Program bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Climate Change di Jepun. Program ini bertujuan memperkukuh kapasiti pegawai sektor awam dalam menangani isu perubahan iklim melalui pembangunan kepakaran akademik dan dasar.
Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 18 Mac sehingga 1 Mei 2026.