Sukacita dimaklumkan bahawa Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT), Jepun telah membuka permohonan biasiswa oleh Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) di bawah Young Leaders' Program (YLP) Scholarships for 2027 bagi pengajian peringkat Sarjana di Jepun dalam kursus-kursus seperti yang berikut:
-
- Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan) di Kyushu University;
- Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Polisi Awam) di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS); dan
- Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Polisi Awam) di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS).
Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 21 Ogos hingga 11 September 2026. Sila baca notis iklan serta butiran lanjut yang disediakan berikut sebelum membuat permohonan. Adalah diingatkan bahawa sebarang permohonan yang tidak dilengkapkan sebagaimana yang diarahkan tidak akan dipertimbangkan.
Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan) di Kyushu University