Accessibility Tools

Skip to main content

Pelawaaan Permohonan Biasiswa JAPAN-IMF Scholarship Program For Asia (JISPA)

Pengumuman

  • 21 Ogos 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Biasiswa Japan-IMF Scholarship Program for Asia (JISPA) bagi mengikuti pengajian pascasiswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa di Jepun. 

 

Sila baca dan fahami syarat-syarat dan tatacara permohonan sebelum memohon melalui pautan permohonan seperti di bawah:

A. IJAZAH SARJANA (MASTER’S TRACK)

(i) Permohonan

    • Tarikh Tutup Permohonan: 20 Oktober 2026 (Bagi kemasukan pada Julai 2027)

    • Tempoh Permohonan Dalam Talian: 15 September – 20 Oktober 2026

Garis Panduan Permohonan bagi Ijazah Sarjana kini boleh didapati di laman web JISPA (https://www.imf.org/en/countries/resrep/oap-home/jispa-home/application). Bakal pemohon digalakkan untuk menyemak garis panduan tersebut secara teliti serta menyediakan maklumat dan dokumen yang diperlukan lebih awal.

(ii) Maklumat Berkaitan

Keterangan terperinci mengenai Ijazah Sarjana boleh didapati di pautan berikut:

(iii) Webinar Ijazah Sarjana JISPA

Webinar ini akan memberikan gambaran keseluruhan mengenai program Ijazah Sarjana JISPA, termasuk proses permohonan dan pemilihan. Wakil fakulti daripada setiap universiti juga akan memperkenalkan program akademik masing-masing serta menjawab soalan daripada para peserta. 

Maklumat terperinci berhubung webinar ini adalah seperti di LAMPIRAN. Sesi taklimat berkenaan Ijazah Sarjana JISPA akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: 

    • Tarikh/ Masa: 3 September 2026, 14:00 – 15:10 (Waktu Jepun, GMT+9)

    • Pra-pendaftaran: 

Wajib mendaftar sebelum jam 12:00 tengah hari, 3 September 2026 (Waktu Jepun)

di pautan Pendaftaran Webex IMF (https://imf.webex.com/weblink/register/r59a5cfb78fa3d59a9b8209267ad5769e).

 

B. IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PH.D. TRACK)

(i) Permohonan

Tarikh Tutup Permohonan:

    • Tahun Akademik (AY) 2027-28:

1 Jun 2027 bagi kemasukan pada September/ Oktober 2027 dan April 2028

(Tempoh Permohonan Dalam Talian: 1 Mei – 1 Jun 2027)

    • Tahun Akademik (AY) 2026-27 (Permohonan Tambahan):

10 Disember 2026 bagi kemasukan pada April 2027 

(Tempoh Permohonan Dalam Talian: 10 November – 10 Disember 2026)

Maklumat permohonan Ph.D JISPA akan dibuka dan dimuat naik dua (2) bulan sebelum bermulanya setiap tempoh permohonan.

(ii) Maklumat Berkaitan

Keterangan terperinci mengenai Ph.D JISPA boleh didapati di pautan berikut: