Accessibility Tools

Skip to main content

Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Sepenuh Masa terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Umum

(a) Pegawai Kumpulan Pelaksana lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan (tidak termasuk Badan Berkanun Persekutuan);

(b) telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran. Tahun penawaran bermaksud tahun program diiklankan;

(c) mencapai purata markah minimum penilaian prestasi sebanyak 85% bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;

(d) berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari tahun penawaran;

(e) telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam tahun dalam skim perkhidmatan semasa pada 1 Januari tahun penawaran;

(f) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti  berikut:

Tempoh Kursus Tempoh Menunggu
(pada 1 Januari tahun penawaran)
Lebih daripada 3 bulan 3 tahun

(g) permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);

(h) bebas daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;

(i) bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam JPA atau badan penaja lain;

(j) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima tahun terkini;

(k) pegawai yang menghidap penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon program ini; dan

(l) tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja lain bagi Kursus yang akan diikuti.


*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa