MAKLUMAN TERKINI
Mulai 1 Jun 2025, bagi Pelajar Tajaan JPA Dalam Negara, sebarang permohonan pelanjutan penajaan bagi sebab-sebab berikut akan dikategorikan sebagai PINDAAN TEMPOH TAJAAN:
-
- Mengikuti Program Mobiliti;
- Terlibat dengan Program Gap Year/ Year Out;
- Penangguhan penajaan kerana masalah kesihatan;
- Menunaikan ibadah haji kali pertama; atau
- Terkesan dengan perubahan struktur pengajian/ kalendar akademik.
Permohonan perlu dikemukakan menggunakan borang sedia ada yang boleh didapati di Portal Penajaan JPA di laman sesawang https://penajaan.jpa.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan ke alamat e-mel
Unit Dalam Negara
Kluster Pembangunan Strategik Pelajar
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam