Accessibility Tools

Skip to main content

Hebahan Borang Tunjuk Sebab (STS) Pelajar Tajaan JPA

Pengumuman

  • 26 September 2025

MAKLUMAN TERKINI

Mulai Semester I 2025/2026, Pelajar Tajaan JPA Dalam Negara TIDAK LAGI perlu menghantar Borang Tunjuk Sebab (STS) jika memenuhi syarat-syarat berikut:

    1. Melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) bagi pelajar Ijazah (3.00 ke atas) dan (2.00 ke atas) bagi pelajar Diploma;
    2. Purata Nilai Gred (GPA) berada di bawah HKA TETAPI CGPA melepasi HKA.

Namun demikian, sekiranya pelajar didapati memperoleh CGPA yang tidak melepasi HKA yang telah ditetapkan bagi dua semester berturut-turut, tajaan akan ditamatkan.
Borang Tunjuk Sebab kemerosotan pencapaian akademik boleh diperoleh di Portal Penajaan JPA di laman sesawang https://penajaan.jpa.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan ke alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Unit Dalam Negara

Kluster Pembangunan Strategik Pelajar

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam