Accessibility Tools

Skip to main content

Program Penajaan Nasional (PPN)

Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)

Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia yang dikenal pasti. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara berpakej bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

 

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;

  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

  • Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

  • Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; 

  • Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;

  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 

  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan

  • Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40. Selain itu, pelajar dengan penguasaan Bahasa Mandarin yang baik turut diberi keutamaan bagi tujuan penajaan ke Republik Rakyat China.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A+ atau 9A+ bagi mata pelajaran yang disenaraikan dan memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi mata pelajaran selebihnya (jika ada), berdasarkan bidang pengajian yang ingin diikuti di peringkat Ijazah Pertama seperti berikut:

 

  • Bidang Kejuruteraan/ Sains dan Teknologi

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul AlDin/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan satu mata pelajaran lain;

DAN

 Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada).

 

  • Selain bidang Kejuruteraan/ Sains dan Teknologi

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A+ bagi mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul AlDin/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah, Sains;  dan mana-mana dua mata pelajaran elektif;

DAN

 Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada).

 

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Institusi Pengajian
  • Program Persediaan

Kolej persediaan yang dikenal pasti bagi tahun semasa.

  • Ijazah Pertama

Senarai 20 universiti yang ditetapkan adalah berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings Tahun 2025 melibatkan empat buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan China.


*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa