Accessibility Tools

Skip to main content

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM)

Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara berpakej untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

 Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;

  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

  • Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

  • Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; 

  • Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;

  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;

  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan

  • Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus
  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); 

  • Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet; dan

  • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Institusi Pengajian
  • Program Persediaan

Kolej persediaan yang dikenal pasti bagi tahun semasa.

  • Ijazah Pertama
    • Universiti Awam (UA)
    • Government Linked Universities (GLU)
    • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti


*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Bidang Pengajian
  • Semua bidang pengajian kecuali bidang Pendidikan, Penerbangan, Kejururawatan, Separa Perubatan, Program Berkembar, Sijil Profesional dan Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

  • Bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi ditaja di bawah program baharu iaitu Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (PPF2).

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa