Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)
Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) merupakan program penajaan yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bagi bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.