Accessibility Tools

Skip to main content

Program Ijazah Lanjutan (PIL)

Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)

Program Ijazah Lanjutan (PIL) ditawarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana* dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti di luar negara oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tempoh tidak melebihi 24 bulan.


*Program pengajian adalah tidak termasuk peringkat pengajian lain atau program prasyarat atau program persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran.


Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;

  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun permohonan; 

  • Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;

  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

  • Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak di senarai hitam oleh JPA  atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA; 

  • Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;

  • Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Pemohon telah memiliki transkrip peperiksaan akhir atau skrol Ijazah Pertama. Bagi pemohon yang telah menamatkan pengajian Ijazah Pertama tetapi belum dianugerahkan ijazah tersebut, surat pengesahan tamat pengajian oleh Senat universiti hendaklah dikemukakan bersama selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan;

  • Sekiranya ditawarkan penajaan, pelajar tidak dibenarkan bekerja sehingga tamat tempoh penajaan; 

  • Penjawat awam yang dilantik secara tetap atau kontrak tidak dibenarkan memohon;

  • Bagi pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Pertama, obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa;

  • Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/ tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa;

  • Pelajar yang telah memulakan pengajian perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan;

  • Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;

  • Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran. Sebagai contoh, Master of Philosophy (MPhil) di University of Cambridge, UK merupakan program persediaan ke Ijazah Kedoktoran bagi bidang yang sama;

  • Segala urusan dan perbelanjaan berkaitan permohonan ke institusi pengajian berada di bawah tanggungjawab calon sepenuhnya, termasuk pematuhan syarat kemasukan, pengemukaan dokumen sokongan yang lengkap dan pematuhan tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh institusi. Pihak JPA tidak terlibat dalam sebarang urusan berkenaan; dan

  • Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2026.


    *Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

Kelayakan minimum akademik di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:

  • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau

 

  • Bagi negara pengajian yang mempunyai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) termasuk Australia, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:

 

 

Negara Pengajian

Sistem Penggredan

Kelayakan Akademik Minimum

1.

Amerika Syarikat

CGPA

3.50 - 4.00

2.

Korea

CGPA

3.50 - 4.50/ 3.30 - 4.30

3.

Jepun

CGPA

2.50 - 4.00

GPA

85% S/A+/A+B

(50% S/A+/A)*

4.

Australia

Peratus

75 - 100

Numerik 7

6.00 - 7.00

5.

New Zealand

Peratus

70 - 100

Numerik 9

5.00 - 9.00

6.

Perancis

Purata (Moyenne)

14.00 - 20.00

7.

Jerman

Note

2.50 - 1.00

8.

United Kingdom

Peratus

60 - 100

*85% S/A+/A+B – Jumlah gred S/A+/A dan B yang diperoleh adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred S/A+/A.

 

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Institusi Pengajian

Penajaan akan dipertimbangkan bagi pemohon yang berjaya mendapatkan tempat pengajian di universiti luar negara yang tersenarai di kedudukan 100 teratas QS World University Rankings Tahun 2026 (terbitan 19 Jun 2025).

 

Bil.

Kedudukan

Nama Institusi Pengajian

Negara Pengajian

1.

1

Massachusetts Institute of Technology  

 (MIT)

Amerika Syarikat

2.

2

Imperial College London

United Kingdom

3.

3

Stanford University

Amerika Syarikat

4.

4

University of Oxford

United Kingdom

5.

5

Harvard University

Amerika Syarikat

6.

6

University of Cambridge

United Kingdom

7.

7

ETH Zurich (Swiss Federal Institute of  

 Technology)

Switzerland

8.

8

National University of Singapore (NUS)

Singapore

9.

9

UCL (University College London)

United Kingdom

10.

10

California Institute of Technology 

 (Caltech)

Amerika Syarikat

11.

11

The University of Hong Kong

Hong Kong SAR, China

12.

12

Nanyang Technological University, 

 Singapore (NTU Singapore)

Singapore

13.

13

University of Chicago

Amerika Syarikat

14.

14

Peking University

China (Mainland)

15.

15

University of Pennsylvania

Amerika Syarikat

16.

16

Cornell University

Amerika Syarikat

17.

17

Tsinghua University

China (Mainland)

18.

17

University of California, Berkeley (UCB)

Amerika Syarikat

19.

19

The University of Melbourne

Australia

20.

20

The University of New South Wales

Australia

21.

21

Yale University

Amerika Syarikat

22.

22

École Polytechnique Fédérale de 

 Lausanne

Switzerland

23.

22

Technical University of Munich

Germany

24.

24

Johns Hopkins University

Amerika Syarikat

25.

25

Princeton University

Amerika Syarikat

26.

25

The University of Sydney

Australia

27.

27

McGill University

Canada

28.

28

PSL University

France

29.

29

University of Toronto

Canada

30.

30

Fudan University

China (Mainland)

31.

31

King's College London (KCL)

United Kingdom

32.

32

Australian National University

Australia

33.

32

The Chinese University of Hong Kong

Hong Kong SAR, China

34.

34

University of Edinburgh

United Kingdom

35.

35

The University of Manchester

United Kingdom

36.

36

Monash University

Australia

37.

36

The University of Tokyo

Japan

38.

38

Columbia University

Amerika Syarikat

39.

38

Seoul National University

Republic of Korea

40.

40

University of British Columbia

Canada

41.

41

Institut Polytechnique de Paris

France

42.

42

Northwestern University

Amerika Syarikat

43.

42

The University of Queensland

Australia

44.

44

The Hong Kong University of Science  

 and Technology

Hong Kong SAR, China

45.

45

University of Michigan-Ann Arbor

Amerika Syarikat

46.

46

University of California, Los Angeles 

Amerika Syarikat

47.

47

Delft University of Technology

Netherlands

48.

47

Shanghai Jiao Tong University

China (Mainland)

49.

49

Zhejiang University

China (Mainland)

50.

50

Yonsei University

Republic of Korea

51.

51

University of Bristol

United Kingdom

52.

52

Carnegie Mellon University

Amerika Syarikat

53.

53

The University of Amsterdam

Netherlands

54.

54

The Hong Kong Polytechnic University

Hong Kong SAR, China

55.

55

New York University (NYU)

Amerika Syarikat

56.

56

London School of Economics and 

 Political Science (LSE)

United Kingdom

57.

57

Kyoto University

Japan

58.

58

Ludwig-Maximilians-Universität München

Germany

59.

60

KU Leuven

Belgium

60.

61

Korea University

Republic of Korea

61.

62

Duke University

Amerika Syarikat

62.

63

City University of Hong Kong

Hong Kong SAR, China

63.

63

National Taiwan University (NTU)

Taiwan

64.

65

The University of Auckland

New Zealand

65.

66

University of California, San Diego 

 (UCSD)

Amerika Syarikat

66.

67

King Fahd University of Petroleum & 

 Minerals

Saudi Arabia

67.

68

University of Texas at Austin

Amerika Syarikat

68.

69

Brown University

Amerika Syarikat

69.

70

Université Paris-Saclay

France

70.

70

University of Illinois at 

 Urbana-Champaign

Amerika Syarikat

71.

72

Lund University

Sweden

72.

72

Sorbonne University (merged from Paris 

 IV & UPMC)

France

73.

74

The University of Warwick

United Kingdom

74.

75

Trinity College Dublin, The University of 

 Dublin

Ireland

75.

76 

University of Birmingham

United Kingdom

76.

77

The University of Western Australia

Australia

77.

78

KTH Royal Institute of Technology

Sweden

78.

79

University of Glasgow

United Kingdom

79.

80

Ruprecht-Karls-Universität Heidelberg

Germany

80.

81

University of Washington

Amerika Syarikat

81.

82

Adelaide University

Australia

82.

82

Pennsylvania State University

Amerika Syarikat

83.

84

Universidad de Buenos Aires

Argentina

84.

85

Tokyo Institute of Technology

Japan

85.

86

University of Leeds

United Kingdom

86.

87

University of Southampton

United Kingdom

87.

88

Boston University

Amerika Syarikat

88.

88

Freie Universität Berlin

Germany

89.

88

Purdue University

Amerika Syarikat

90.

91

The University of Osaka

Japan

91.

92

The University of Sheffield

United Kingdom

92.

93

Uppsala University

Sweden

93.

94

Durham University

United Kingdom

94.

94

University of Alberta

Canada

95.

96

University of Technology Sydney

Australia

96.

97

The University of Nottingham

United Kingdom

97.

98

Karlsruhe Institute of Technology (KIT)

Germany

98.

98

Politecnico di Milano

Italy

99.

100

University of Zurich (UZH)

Switzerland

 

*Penajaan ke Amerika Syarikat adalah tertakluk kepada dasar semasa yang berkuatkuasa.

Bidang Pengajian
  1. Science, Technology; Engineering and Mathematics (STEM)
  2. Ekonomi
  3. Undang-Undang
  4. Kewangan/ Kewangan Islam
  5. Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  6. Peralihan Tenaga/ Tenaga Boleh Baharu
  7. Keselamatan dan Persempadanan Negara
  8. Keterjaminan Makanan
  9. Pengurusan Bencana
  10. Keselamatan Siber
  11. Transformasi Digital

Tiada penajaan bagi program Master of Philosophy (MPhil), bidang perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certificate in Legal Practice (CLP).


*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa