Accessibility Tools

Skip to main content

Kemudahan Cuti Belajar

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Cuti Belajar (dalam Perintah Am 36 Bab C (Cuti) Tahun 1974 disebut Cuti Berkursus) ertinya cuti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk mengikuti kursus dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

 

Rujukan : MyPPSM Ceraian SR.5.1.8: Kemudahan Cuti Belajar Dan Biasiswa Dalam Perkhidmatan. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).600-1/7/69(8) bertarikh 18 Disember 2025)