Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa merupakan kemudahan yang diberikan kepada pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan) bagi mengikuti kursus peringkat Ijazah Lanjutan secara separuh masa berdasarkan bidang khusus dan kepakaran yang berkaitan dengan skim perkhidmatan dan bidang tugas pegawai serta syarat-syarat lain yang terkandung dalam garis panduan yang ditetapkan.
(a) pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan);
(b) telah disahkan di dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran;
(c) mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
(d) pegawai berumur tidak lebih daripada 50 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana dan 45 tahun bagi peringkat Ijazah Kedoktoran pada 1 Januari tahun penawaran;
(e) pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang telah dimiliki;
(f) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/ sederhana seperti berikut:
| Tempoh Kursus | Tempoh Menunggu (pada 1 Januari tahun penawaran) |
|---|---|
| Lebih daripada 12 bulan | 2 tahun |
| Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan | 1 tahun |
(g) bebas daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;
(h) tidak tersenarai di dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
(i) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini;
(j) pegawai yang menghidap penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang
memerlukan rawatan susulan dan disahkan sihat serta berupaya
mengikuti pengajian sehingga tamat oleh Pegawai Perubatan
dibenarkan untuk memohon kemudahan program ini; dan
(k) tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
(a) telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun penawaran secara
separuh masa / ODL yang dijalankan di luar waktu pejabat di institusi
pengajian tinggi tempatan;
atau
sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah
Kedoktoran secara separuh masa / ODL yang dijalankan di luar waktu
pejabat di institusi pengajian tinggi tempatan dan mempunyai
sekurang-kurangnya baki dua semester pada tarikh tutup permohonan;
atau
(b) telah mendapatkan kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan; dan
(c) kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.
Nota: Tahun penawaran bermaksud tahun program diiklankan.