Dasar Penangguhan Balik Bagi Tujuan Bekerja di Luar Negara
Pengumuman
Dasar Penangguhan Balik Bagi Tujuan Bekerja di Luar Negara
Sila rujuk soalan lazim untuk maklumat lanjut.
Rujuk Panduan Pengguna Permohonan Penangguhan Balik melalui Sistem MySELF
Accessibility Tools
Sila rujuk soalan lazim untuk maklumat lanjut.
Rujuk Panduan Pengguna Permohonan Penangguhan Balik melalui Sistem MySELF
Cuti Belajar (dalam Perintah Am 36 Bab C (Cuti) Tahun 1974 disebut Cuti Berkursus) ertinya cuti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk mengikuti kursus dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
Rujukan : MyPPSM Ceraian SR.5.1.8: Kemudahan Cuti Belajar Dan Biasiswa Dalam Perkhidmatan. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).600-1/7/69(8) bertarikh 18 Disember 2025)
Dimaklumkan bahawa Kementerian Digital melalui MyDIGITAL Corporation akan meneruskan penganjuran Program Kepimpinan Digital Eksekutif (Executive Digital Leadership Programme - EDLP) bagi tahun 2026. Program ini adalah terbuka kepada semua penjawat awam kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred SSPA 13 dan ke atas.
Ringkasan Maklumat dan Proses Permohonan
Pertanyaan lanjut berhubung program ini boleh diajukan terus kepada Encik Suraj Nayar a/l Raghunathan (012-3455025/
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Management Training Programme for Junior Officers (Gred SSPA 9 - 11 @ setara) atau Leadership Development Programme for Middle Management Level (Gred SSPA 12 - 15 @ setara). Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 8 Mei (Jumaat) sehingga 29 Mei 2026 (Jumaat). Sila baca notis iklan serta butiran lanjut yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Slot penyertaan adalah amat terhad. Justeru, permohonan dengan dokumen yang TIDAK LENGKAP (termasuk pengesahan maklumat perkhidmatan seperti tatatertib/ cuti/ LNPT serta tandatangan calon/ Ketua Jabatan) serta yang DIKEMUKAKAN MELANGKAUI TARIKH AKHIR pengemukaan dokumen, TIDAK AKAN DIPROSES untuk pertimbangan.
Sukacita Jabatan ini mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berminat dan memenuhi syarat (rujuk MyPPSM Ceraian SR.5.1.8) untuk memohon kemudahan CBBPTB, CBBPTL dan CBTG bermula 05 Januari 2026 hingga 31 Julai 2026 untuk pengajian pada tahun 2026.
Maklumat perhubungan pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti yang berikut:
No. Telefon : 03-8885 3587/ 3367/ 3359/ 3468/ 3518/ 3645/ 3519/ 3418/ 3462/ 3415/ 3428/ 3421/ 3440
Alamat e-mel :
Penghantaran dokumen permohonan perlulah dilakukan secara serahan tangan/ pos berdaftar ke alamat yang berikut:
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Kluster Pembangunan Strategik Dalam Perkhidmatan
Aras 3 (Pintu B), Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P. Putrajaya