Accessibility Tools

Skip to main content

Pelawaan Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2026

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2026melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa. Program HLP Sesi 2026 ini terbuka kepada pegawai P&P lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuantermasuklah Badan Berkanun Persekutuan(kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan). Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 28 April – 30 Mei 2025.

Notis Iklan

Lampiran I - Syarat Permohonan

Lampiran II - Tatacara Permohonan/ Pencalonan

Lampiran A - Senarai Bidang

Lampiran B - Senarai IPT Dalam Negara

Lampiran C - Panduan Menulis Kertas Cadangan

Lampiran D - Borang Pernyataan Ringkas Sumbangan

Lampiran E - Panduan Penyusunan Dokumen

Borang PPSM 

Pautan Permohonan Dalam Talian

Pelawaan Permohonan Program Kepimpinan Digital Eksekutif Oleh Kementerian Digital

Pengumuman

Kementerian Digital melalui MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL) dengan kerjasama Asia School of Business (ASB) dan MIT Sloan akan menganjurkan Program Kepimpinan Digital Eksekutif bagi sesi kohort 6 sehingga 10. Dalam hubungan ini, pegawai Perkhidmatan Awam Gred 13/ setara dan ke atas yang berminat adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan untuk menyertai program ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui emel kepada Encik Suraj Nair (012-3455025)/ Puan Nurhanis Nadrah (019-6476716) atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Maklumat Lanjut


Jadual Program Mengikut Kohort

Pautan Pendaftaran Dalam Talian